PERATURAN KURSUS


PAKAIAN

-Peserta kursus hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat.

-Lelaki hendaklah berbaju kurung lengkap, baju batik atau baju kemeja dan berseluar slack (di larang memakai seluar jeans, barang perhiasan seperti rantai ,gelang ,subang, dan sebagainya kecuali cincin yang bukan dibuat daripada emas).

-Wanita berbaju kurung dan bertudung (di larang memakai pakaian lengan pendek, ketat dan nipis, memakai seluar jeans dan berkain belah).


KEHADIRAN

-Peserta hendaklah menghadiri setiap sesi yang di jalankan.

-Peserta yang gagal menghadiri mana – mana tajuk atau terlewat lebih daripada 15 minit selepas sesi bermula dikehendaki mengulang  tajuk berkenaan pada masa yang akan datang dengan memaklumkan kepada pihak penganjur dan tindakan menahan sijil akan di lakukan.


MEROKOK

-Peserta kursus di larang merokok sepanjang sesi kursus di jalankan.


PERGAULAN

-Peserta kursus dilarang melakukan sebarang perkara sumbang seperti berdua-duaan (dating) sepanjang kursus dijalankan.

-Peserta lelaki dan wanita di kehendaki duduk secara berasingan.


AKHLAK

-Peserta hendaklah menunjukkan budi pekerti yang baik terhadap mana-mana penceramah semasa sesi sedang berjalan dan sekiranya mempamerkan akhlak yang buruk maka peserta boleh dilarang daripada meneruskan  kursus dan sijil tidak akan di keluarkan.

-Peserta hendaklah sentiasa memberi tumpuan kepada ceramah dan digalakkan memberi respon dan bertukar-tukar pandangan dengan penceramah dan peserta yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...