Wednesday, 9 April 2014

MAJLIS KESATUAN HATI PEJABAT KADI DAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KOTA TINGGI BAGI BULAN APRIL 2014M/1435H





3 April 2014 – 8.00 pagi :Pejabat Kadi dan Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi telah mengadakan Majlis Kesatuan Hati di Dewan Masjid Bandar Kota Tinggi yang merupakan Perhimpunan Bulanan yang akan diadakan pada setiap bulan minggu pertama. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara wargakerja Pejabat Kadi dan Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi disamping memperbaiki mutu kerja agar lebih berkualiti.
Dalam majlis ini juga diserikan lagi dengan meraikan Pelajar Praktikal yang telah tamat menjalani latihan amali dan majlis ulang tahun kelahiran yang  lahir pada bulan Muharram hingga bulan Jamadil Akhir.
            Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil yang dibimbing oleh Imam Zunaidi bin Haji Tarpani dan ucapan daripada wakil Pelajar Praktikal iaitu Hilmy Afham bin Idham. Di dalam ucapannya beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan serta mendapat pengalaman yang amat berharga ketika menjalani latihan amali di Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi.



Seterusnya amanat daripada As-Syeikh Haji Mohd Fauzi bin Haji Bachok, Kadi Daerah Kota Tinggi. Beliau telah memberikan beberapa amanat yang penting di dalam ucapannya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan warga kerja Pejabat Kadi dan Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi dan seterusnya menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti dalam tugasan seharian di pejabat. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara potong kek beramai-ramai bagi wargakerja yang menyambut ulang tahun kelahiran dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
            Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati serta sijil penghargaan kepada pelajar praktikal serta jamuan. Jutaan terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung serta tidak langsung  menjayakan Majlis Kesatuan Hati. Wassalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...