Wednesday, 9 April 2014

MAJLIS KESATUAN HATI PEJABAT KADI DAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KOTA TINGGI BAGI BULAN APRIL 2014M/1435H





3 April 2014 – 8.00 pagi :Pejabat Kadi dan Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi telah mengadakan Majlis Kesatuan Hati di Dewan Masjid Bandar Kota Tinggi yang merupakan Perhimpunan Bulanan yang akan diadakan pada setiap bulan minggu pertama. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara wargakerja Pejabat Kadi dan Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi disamping memperbaiki mutu kerja agar lebih berkualiti.
Dalam majlis ini juga diserikan lagi dengan meraikan Pelajar Praktikal yang telah tamat menjalani latihan amali dan majlis ulang tahun kelahiran yang  lahir pada bulan Muharram hingga bulan Jamadil Akhir.
            Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil yang dibimbing oleh Imam Zunaidi bin Haji Tarpani dan ucapan daripada wakil Pelajar Praktikal iaitu Hilmy Afham bin Idham. Di dalam ucapannya beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan serta mendapat pengalaman yang amat berharga ketika menjalani latihan amali di Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi.



Seterusnya amanat daripada As-Syeikh Haji Mohd Fauzi bin Haji Bachok, Kadi Daerah Kota Tinggi. Beliau telah memberikan beberapa amanat yang penting di dalam ucapannya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan warga kerja Pejabat Kadi dan Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi dan seterusnya menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti dalam tugasan seharian di pejabat. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara potong kek beramai-ramai bagi wargakerja yang menyambut ulang tahun kelahiran dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
            Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati serta sijil penghargaan kepada pelajar praktikal serta jamuan. Jutaan terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung serta tidak langsung  menjayakan Majlis Kesatuan Hati. Wassalam..

MENCARI YANG HALAL SATU KEWAJIPAN UNTUK SEMUA



HALAL

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

PIHAK BERKUASA YANG DIIKTIRAF

Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri-Negeri mana satu yang berkenaan.

HUKUM SYARAK

Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi'e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

KEBAIKAN MEMILIH PRODUK / MAKANAN HALAL
  1. Berlandaskan hukum syarak.
  2. Merupakan tuntutan Islam iaitu Fardu Ain bagi setiap orang Islam untuk mencari Produk Halal dan Fardu Kifayah bagi orang yang menyediakan atau mengusahakannya.
  3. Dijamin bersih dan suci.
  4. Tidak najis dan boleh diyakini
  5. Selamat digunakan tanpa was-was.
  6. Merupakan satu ibadah dan kewajipan bagi umat Islam
  • Makan, minum dan pakaian adalah sebahagian dari ibadah kepada Allah.
  • Mempengaruhi fizikal, akal, hati (iman), akhlak dan nafsu.
  • Api Neraka mencari daging yang tumbuh dari sumber yang haram.
  • Demi kebahagiaan dan keselamatan diri, keluarga, agama dan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...