Thursday, 26 July 2012

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN WALI HAKIM

Bagi pasangan yang hendak bernikah dengan menggunakan Wali Hakim atas sebab-sebab tertentu, berikut adalah cara dan dokumen yang perlu dibawa ke Pejabat Kadi Kota Tinggi bagi memudahkan permohonan Wali Hakim.


WALI HAKIM BAGI ANAK TAK SAH TARAF

  • KAD PENGENALAN PEMOHON
  • KAD PENGENALAN PASANGAN
  • SURAT BERANAK PEMOHON
  • SIJIL NIKAH IBUBAPA

WALI HAKIM BAGI SAUDARA BARU
  • KAD PENGENALAN PEMOHON
  • KAD PENGENALAN PASANGAN
  • SURAT MEMELUK AGAMA ISLAM
  • SURAT AKUAN STATUS DIRI DARI PESURUHJAYA SUMPAH MENYATAKAN DIRI BUJANG / BERKAHWIN SEBELUM MEMELUK AGAMA ISLAM

WALI HAKIM BAGI TIADA WALI NASAB
  • KAD PENGENALAN PEMOHON
  • KAD PENGENALAN PASANGAN
  • SIJIL KEMATIAN AYAH

WALI GHAIB
  • KAD PENGENALAN PEMOHON
  • KAD PENGENALAN PASANGAN
  • SIJIL NIKAH IBUBAPA
  • KAD PENGENALAN BAPA SEKIRANYA ADA
  • SURAT BERANAK PEMOHON

WALI ENGGAN
  • KAD PENGENALAN PEMOHON
  • KAD PENGENALAN PASANGAN

Tuesday, 24 July 2012

DIBERI KESABARAN DAN KEKUATAN DALAM RUMAHTANGGA



رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap 
kaum kafir.
( Surah Al-Baqarah: 250)

Amalan
     Ayat ini merupakan doa orang beriman yang menyertai  tentera Talut untuk menhadapi tentera Jalut agar Allah s.w.t. melimpahkan ke atas mereka kesabaran menhadapi ujian yang berat itu. Perkataan limpahkanlah itu menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air. Sabar telah dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya. ( Tafsir al-sawi, tafsir ayat 250 surah al-Baqarah ).

     Setiap rumah tangga pasti akan berhadapan dengan masalah walaupun ianya kecil seperti kata pepatah: “ Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Oleh yang demikian, amalkanlah mebaca doa ini untuk menghadapi kehidupan dengan penuh kekuatan dan kesabaran agar rumah tangga yang dibina akan terus berkekalan.

Tips mengukuhkan ikatan rumah tangga
Ø Menerima pasangan seadanya.
Ø Berikan ruang kepada pasangan.
Ø Kesanggupan meluangkan masa bersama.
Ø Menjadi seorang pendengar yang baik.
Ø Memberikan penghargaan dan pujian kepada pasangan.
Ø Katakan ‘ya’ lebih kerap daripada ‘tidak’.
Ø Letakkan kepercayaan kepada pasangan.

Ciri-ciri pasangan yang baik
Ø Menjadi pasangan yang realistik dan bukan hipokrit.
Ø Sentiasa berterus terang dengan pasangan.
Ø Melakukan aktiviti harian bersama.
Ø Saling memahami dan bertolak ansur.
Ø Menunjukkan ‘cinta’ kepada pasangan.
Ø Hormat menghormati antara satu sama lain.
Ø Melupakan peristiwa hitam yang lalu.
Ø Membuang sikap cemburu.
Ø Menunjukkan komitmen kepada pasangan.
Ø Jujur kepada pasangan.

Monday, 23 July 2012

PENANGGUHAN PENERIMAAN PELUPUSAN BAHAN TERBITAN BERUNSUR ISLAM

Adalah dimaklumkan bahawa, bermula pada tarikh 30 Jun 2012 Bahagian Penyelidikan, Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi menangguhkan penerimaan bahan terbitan berunsur islam yang hendak dilupuskan menggunakan alat incinerator di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri. Hal ini adalah kerana, ruang untuk menyimpan barang agak terhad dan pihak kami dengan kerjasama pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam perbincangan untuk menghasilkan alat incinerator bagi tujuan proses pelupusan di negeri ini.

Sehubungan itu, pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan memohon agar pihak tuan dapat menyimpan bahan-bahan terbitan tersebut di tempat yang sesuai sehingga diberitahu kelak. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan semoga mendapat rahmat Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

JANGAN TAK PUASA

SEKSYEN 15 - (ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997) BAGI KESALAHAN TIDAK MENGHORMATI RAMADAN

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan - 

a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta merta dalam waktu itu, atau
b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya,


Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit (RM 1000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit (RM 2000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADAN




Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa.”

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.
Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

“Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya.” – 
HR Ahmad Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.
Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:
Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh – seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh – seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.
Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

PANDUAN PERMOHONAN NIKAH DALAM DAN LUAR NEGERI JOHOR (SIRI 2)



DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH BAGI PEREMPUAN


1. Borang 2 mesti diisi oleh pemohon dengan lengkap
2. Kad Pengenalan pemohon dan salinan
3. Salinan Kad Pengenalan pasangan
4. Salinan Kad Pengenalan Wali
5. Salinan Kad Pengenalan dua (2) orang saksi lelaki, digalakkan yang bukan ahli keluarga
6. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam yang asal dan salinan
7. Laporan Ujian Pemeriksaan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja
8. Surat Akuan status diri dari :
   a) Penghulu
   b) Ketua Kampung
   c) Majikan beragama Islam


   - Jika janda (cerai hidup) sertakan Sijil Cerai asal dan salinan
   - Jika balu (kematian suami) lampirkan Sijil Nikah beserta Sijil       Kematian yang asal dan salinan


DOKUMEN TAMBAHAN


1. Dokumen Kebenaran Berkahwin Luar Kawasan pasangan (jika pasangan dari Luar Daerah / Negeri)
2. Sijil Nikah Ibu Bapa (untuk pengesahan status Wali)
   - Jika pemohon anak sulung (anak pertama dalam keluarga) atau
   - Jika Wali pernikhan adalah Abang Sulung (anak lelaki pertama dalam keluarga)
3. Surat Wakalah Wali daripada Pejabat Kadi di daerah pemohon jika Wali tidak hadir semasa pernikahan
   - Wakalah Wali adalah surat wakil Wali kepada Jurunikah untuk mengakadnikahkan mauliyahnya
4. Surat Bukti Bermastautin (jika alamat dalam kad pengenalan pemohon berlainan daerah / negeri dari tempat permohonan nikah) daripada Penghulu atau Ketua Kampung
5. Surat Kebenaran Khas dari Majikan (bagi anggota POLIS dan TENTERA)
6. Surat kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah (jika pernikahan Wali Hakim bagi Wali Enggan, Wali Ghaib, Anak tidak sah taraf, tiada Wali nasab, Wali berada di perantauan, Janda Berhias dan bawah umur)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...