Wednesday, 15 February 2012

REMAJA VS JENAYAH SYARIAH


Menurut Kamus Dewan, remaja bererti mula hendak dewasa, telah mencapai aqil baligh dan sudah sampai umur untuk berkahwin. Belia pula ialah golongan muda remaja dan pemuda.
(Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. Th: 1970.hal: 48 dan 95).

Remaja adalah tonggak negara pada masa hadapan. Namun, apa yang menyedihkan kita, remaja hari ini begitu mudah terlibat dengan kesalahan jenayah syariah terutama kes khalwat dan perlakuan seks sebelum pernikahan.

Sepanjang Januari 2012, kes perlakuan Seksyen 23(1)(2) Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 atau lebih dikenali sebagai persetubuhan luar nikah telah dicatatkan sebanyak 17 kes. Manakala kes Seksyen 27(1)(a)(b) EKJSJ 1997 ataupun khalwat melibatkan 21 kes. Angka ini merujuk kepada  80% kesalahan yang melibatkan remaja.

Perkara ini sepatutnya menjadi kebimbangan ibu bapa memandangkan anak remaja kini cenderung menipu ibu bapa semata-mata untuk berjumpa dengan kekasih masing-masing. Apa yang menjadi kekesalan oleh Pihak Penguatkuasa Daerah Kota Tinggi, remaja yang terlibat dalam kesalahan jenayah ini juga merupakan pelajar-pelajar Institut Pendidikan Tinggi yang sepatutnya menggunakan peluang dan ruang yang diberikan kepada mereka untuk menuntut ilmu dengan bersugguh-sunnguh.

Siasatan kami mendapati, antara punca masalah remaja ini ialah kebebasan melampau yang diberikan oleh ibubapa terhadap anak-anak. Mungkin berhak untuk kami menasihati agar ibubapa senantiasa memantau siapakah kawan-kawan anak kita. Sebagai ibu bapa kita perlu memastikan kawan-kawan mereka terdiri dari kawan-kawan yang positif pemikirannya dan baik akhlakya. Kawal pergaulan anak-anak dari segi jantina kerana remaja cenderung melakukan seks luar nikah. Biarpun, pendidikan seks belum diajarkan disekolah sebagai satu subjek, namun perlakuan seks telahpun diajarkan dengan meluas di laman You Tube dan web-web lucah.

Kita sedia maklum, sikap inkuiri dikalangan remaja menyebabkan remaja cenderung melakukan seks sebelum pernikahan.Sebagai masyarakat, kita perlulah menyemaikan sikap kasih sayang dengan cuba membenteras gejala ini bersama-sama. Mungkin mustahil untuk pihak penguatkuasa melakukan pencegahan tanpa bantuan masyarakat. Didik remaja bersama- sama agar generasi ini berguna dimasa hadapan. Sekadar berkongsi kebimbangan. PPA JAIJ.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...