Monday, 27 February 2012

SENARAI HOTEL & RESORT DAERAH KOTA TINGGI YANG MENDAPAT SIJIL PENGESAHAN HALAL


Senarai Hotel & Resot Di Daerah Kota Tinggi Yang Mendapat Sijil Pengesahan Halal Dengan Jabatan Agama Johor
(Sijil Masih Sah)

BIL
NAMA & ALAMAT HOTEL /  RESORT
TARIKH MULA
TARIKH TAMAT
1.
DESARU DAMAI BEACH RESORT SDN BHD,
BANDAR PENAWAR,
81900 KOTA TINGGI JOHOR.
02/11/2011
30/11/2013
2.
LOTUS DESARU BEACH RESORT,
PTD 45, JALAN DESARU, P.O BOX 31,
BANDAR PENAWAR 81930 KOTA TINGGI JOHOR.
16/12/2011
31/12/2013
3.
MAYRES HOTEL,
MENARA KOTA, NO. 29. JALAN TUN HABAB,
81900 KOTA TINGGI JOHOR.
18/08/2011
31/08/2013
4.
MUTIARA MOTORS RESORT SDN. BHD.
KAMPUNG SEDILI KECIL,
81910 KOTA TINGGI JOHOR.
10/05/2011
31/05/2013
5.
TANJUNG SUTERA SDN. BHD.
LOT 901, KUALA SEDILI BESAR,
81910 KOTA TINGGI, JOHOR.
16/12/2011
31/12/2013

Senarai Hotel & Resort Di Daerah Kota Tinggi Yang Mendapat Sijil Halal Malaysia ( JAKIM )
(Sijil Masih Sah)

BIL
NAMA & ALAMAT HOTEL / RESORT
TARIKH MULA
TARIH TAMAT
1.
BINA RESORTS CORPORATION SDN. BHD.
(PULAI DESARU BEACH RESORT HOTEL)
LOT PTD 1674 MUKIM PANTAI TIMUR,
81930, BANDAR PENAWAR, JOHOR.
01/02/2011
31/01/2013
2.
DESARU GOLDEN BEACH HOTEL SDN. BHD.
P.O. BOX 50, BANDAR PENAWAR,
81930 KOTA TINGGI, JOHOR.
16/02/2011
15/02/2013

Wednesday, 15 February 2012

PANDUAN PERMOHONAN NIKAH DALAM DAN LUAR NEGERI JOHOR (SIRI 1)


DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH BAGI LELAKI


1. Borang 1 mesti diisi oleh pemohon dengan lengkap
2. Kad Pengenalan pemohon dan salinan
3. Salinan Kad Pengenalan pasangan
4. Salinan Kad Pengenalan dua (2) orang saksi lelaki, digalakkan yang bukan ahli keluarga
5. Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam yang asal dan salinan
6. Laporan Ujian Pemeriksaan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja
7. Surat Akuan status diri dari :
   a) Penghulu
   b) Ketua Kampung
   c) Majikan beragama Islam


   - Jika duda (cerai hidup) sertakan Surat Pengesahan Perceraian dari Pejabat Kadi tempat berlakunya perceraian
   - Jika duda (kematian isteri) lampirkan Sijil Nikah beserta Sijil Kematian yang asal dan salinan


DOKUMEN TAMBAHAN


1. Surat bukti bermastautin (jika alamat dalam Kad Pengenalan pemohon berlainan daerah / negeri dari tempat permohonan nikah) daripada Penghulu atau Ketua Kampung
2. Surat Kebenaran Khas dari Majikan (bagi anggota POLIS dan TENTERA)
3. Surat kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah (jika nikah Poligami atau bawah umur)

REMAJA VS JENAYAH SYARIAH


Menurut Kamus Dewan, remaja bererti mula hendak dewasa, telah mencapai aqil baligh dan sudah sampai umur untuk berkahwin. Belia pula ialah golongan muda remaja dan pemuda.
(Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. Th: 1970.hal: 48 dan 95).

Remaja adalah tonggak negara pada masa hadapan. Namun, apa yang menyedihkan kita, remaja hari ini begitu mudah terlibat dengan kesalahan jenayah syariah terutama kes khalwat dan perlakuan seks sebelum pernikahan.

Sepanjang Januari 2012, kes perlakuan Seksyen 23(1)(2) Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 atau lebih dikenali sebagai persetubuhan luar nikah telah dicatatkan sebanyak 17 kes. Manakala kes Seksyen 27(1)(a)(b) EKJSJ 1997 ataupun khalwat melibatkan 21 kes. Angka ini merujuk kepada  80% kesalahan yang melibatkan remaja.

Perkara ini sepatutnya menjadi kebimbangan ibu bapa memandangkan anak remaja kini cenderung menipu ibu bapa semata-mata untuk berjumpa dengan kekasih masing-masing. Apa yang menjadi kekesalan oleh Pihak Penguatkuasa Daerah Kota Tinggi, remaja yang terlibat dalam kesalahan jenayah ini juga merupakan pelajar-pelajar Institut Pendidikan Tinggi yang sepatutnya menggunakan peluang dan ruang yang diberikan kepada mereka untuk menuntut ilmu dengan bersugguh-sunnguh.

Siasatan kami mendapati, antara punca masalah remaja ini ialah kebebasan melampau yang diberikan oleh ibubapa terhadap anak-anak. Mungkin berhak untuk kami menasihati agar ibubapa senantiasa memantau siapakah kawan-kawan anak kita. Sebagai ibu bapa kita perlu memastikan kawan-kawan mereka terdiri dari kawan-kawan yang positif pemikirannya dan baik akhlakya. Kawal pergaulan anak-anak dari segi jantina kerana remaja cenderung melakukan seks luar nikah. Biarpun, pendidikan seks belum diajarkan disekolah sebagai satu subjek, namun perlakuan seks telahpun diajarkan dengan meluas di laman You Tube dan web-web lucah.

Kita sedia maklum, sikap inkuiri dikalangan remaja menyebabkan remaja cenderung melakukan seks sebelum pernikahan.Sebagai masyarakat, kita perlulah menyemaikan sikap kasih sayang dengan cuba membenteras gejala ini bersama-sama. Mungkin mustahil untuk pihak penguatkuasa melakukan pencegahan tanpa bantuan masyarakat. Didik remaja bersama- sama agar generasi ini berguna dimasa hadapan. Sekadar berkongsi kebimbangan. PPA JAIJ.



PERMOHONAN SIJIL PENGESAHAN HALAL NEGERI JOHOR


PERMOHONAN SIJIL PENGESAHAN HALAL NEGERI JOHOR


KATEGORI PENGESAHAN HALAL :


1. Produk Makanan dan Minuman
2. Premis Makanan / Dapur Hotel
3. Rumah Sembelihan
4. Barang Gunaan Orang Islam


PEMOHON YANG LAYAK MEMOHON :


1. Pengeluar, Pengilang Produk
2. Pengeluar sub-kontrak
3. Pengusaha Pembungkusan Semula
4. Pengusaha Premis Makanan
5. Pengusaha Rumah Sembelihan


CARA MEMOHON SIJIL PENGESAHAN HALAL NEGERI JOHOR :


1. Muat turun melalui Laman Web : www.johordt.gov.my/jaj

2. Dapatkan borang permohonan halal di alamat berikut :

Unit Pengurusan Halal
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Agama Johor
Aras 1, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor
80990 Johor Bahru, Johor

3. atau di pejabat-pejabat Kadi Daerah Negeri Johor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...