Wednesday, 14 December 2011

PROGRAM KORBAN MASYARAKAT ORANG ASLI SEMPENA AIDIL ADHA

12 ZULHIJJAH 1432H BERSAMAAN 8 NOVEMBER 2011 (SELASA) - UNIT UKHUWAH ORANG ASLI TELAH MENGADAKAN PROGRAM KORBAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SUNGAI LAYAU. SEBANYAK 2 EKOR LEMBU TELAH DIKORBANKAN DAN DAGINGNYA TELAH DIAGIHKAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI DI SEKITAR DAERAH KOTA TINGGI.

MASYARAKAT ORANG ASLI SUNGAI LAYAU YANG KESEMUANYA BERAGAMA ISLAM DAN BERKETURUNAN ASLI KUALA TELAH TURUT SERTA BERGOTONG ROYONG BERSAMA-SAMA PEGAWAI DARI JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR DAN PEJABAT KADI DAERAH KOTA TINGGI.

PROGRAM INI TELAH DIRASMIKAN OLEH KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN DAKWAH, JABATAN AGAMA JOHOR IAITU TUAN HAJI MD.BURANUDDIN BIN HAJI TIBEK MANAKALA TAZKIRAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH KADI DAERAH KOTA TINGGI.

TAZKIRAH - TUAN HAJI MOHD.TAUFIK BIN DATO' KIAI HAJI SHAMSUDIN

GOTONG ROYONG MELAPAH DAN MENIMBANG DAGING KORBAN
 
 URUSETIA DAN PESERTA PROGRAM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...