Wednesday, 14 December 2011

BENGKEL TAYAMUM DAN PANDUAN BERIBADAH KEPADA PESAKIT

SAKIT MERUPAKAN SUATU LUMRAH DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. KITA DIUJI DENGAN KESAKITAN SEBAGAIMANA KITA DIUJI DENGAN KESENGSARAAN DAN CABARAN YANG LAIN BERTEPATAN DENGAN SUNNAH ALAM. NAMUN DEMIKIAN, UBUDIYAH KITA TERHADAP ALLAH SWT YANG TERCERNA DALAM AMAL IBADAH, TETAP KITA KERJAKAN WALAUPUN DALAM KEADAAN SIHAT MAHUPUN SAKIT. TERDAPAT BEBERAPA HUKUM DAN KELONGGARAN YANG BERKAITAN DENGAN SAKIT YANG HARUS DIKETAHUI OLEH SETIAP MUSLIM.

OLEH ITU PADA 13 DISEMBER 2011 (SELASA), UNIT DAKWAH BIL HAL TELAH MENGANJURKAN BENGKEL TAYAMUM DAN PANDUAN BERIBADAH KEPADA PESAKIT DI DEWAN SERBAGUNA SERI PERANI YANG DIHADIRI SERAMAI 120 ORANG TERDIRI DARIPADA KAKITANGAN HOSPITAL KOTA TINGGI, AHLI SAHABAT DAKWAH, IMAM DAN BILAL, BIRO HAL EHWAL WANITA MASJID (HELWA), PELAJAR DIPLOMA KEJURUWATAN (INSTEDT) DAN PENDUDUK SETEMPAT.

BENGKELINI TELAH DISAMPAIKAN OLEH DUA ORANG PENCERAMAH IAITU TUAN HAJI MOHD.FAHAMI BIN ABD.SAMAD (KADI DAERAH KULAIJAYA) DAN TUAN HAJI MOHD.TAUFIK BIN DATO' KIAI HAJI SHAMSUDIN (KADI DAERAH KOTA TINGGI)


SESI PENDAFTARAN

BENGKEL TAYAMUM - TUAN HAJI MOHD.FAHAMI BIN ABD.SAMAD

BENGKEL PANDUAN BERIBADAH KEPADA PESAKIT - TUAN HAJI MOHD.TAUFIK BIN DATO' KIAI HAJI SHAMSUDIN

PESERTA DAN URUSETIA BENGKEL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...