Friday, 23 December 2011

KEM MOTIVASI REMAJA TAQWA

20 DAN 21 DISEMBER 2011 (SELASA DAN RABU) - UNIT DAKWAH BIL HAL PEJABAT KADI DAERAH KOTA TINGGI DENGAN KERJASAMA KEJORA DAN BADAN KEBAJIKAN MASJID AS-SYIFA' BANDAR PENAWAR TELAH MENGADAKAN KEM MOTIVASI PELAJAR TAQWA DI MASJID AS-SYIFA' BANDAR PENAWAR. 

SERAMAI 60 ORANG PELAJAR SEKITAR DAERAH KOTA TINGGI TELAH DIKUMPULKAN BAGI MENYERTAI PROGRAM TERSEBUT. PROGRAM INI TELAH DIKENDALIKAN OLEH PAKAR MOTIVASI TERKENAL IAITU TUAN HAJI AHMAD MAZLAN BIN HAJI GHOUTH DARI AMMG TRANING AND SERVICES SDN.BHD.

PELBAGAI AKTIVITI KEROHANIAN DAN FIZIKAL TELAH DIJALANKAN BAGI MENINGKATKAN TAHAP KEYAKINAN DIRI PELAJAR BAGI MENGHARUNGI CABARAN GLOBALISASI YANG SEMAKIN MENCABAR INI. SEMOGA PROGRAM INI TELAH MENDAPAT KEBERKATAAN DARI ALLAH JUA.

SEKALUNG TERIMA KASIH DIABADIKAN KEPADA URUSETIA YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI IAITU :
UNIT DAKWAH BIL HAL PEJABAT KADI DAERAH KOTA TINGGI
KEJORA BANDAR PENAWAR
BADAN KEBAJIKAN MASJID AS-SYIFA' BANDAR PENAWAR
SAHABAT DAKWAH DAERAH KOTA TINGGI
PELAJAR PRAKTIKAL INSTEDT

SESI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT

SEBAHAGIAN PESERTA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

CABARAN FIZIKAL DAN MINDA DALAM EXPLORACE TAQWA

CABARAN KEAGAMAAN DALAM EXPLORACE TAQWA

CABARAN MENARA BELON

CABARAN NIGHT WALKING

PARA PESERTA DAN URUSETIA MENIKMATI JAMUAN

Wednesday, 14 December 2011

PROGRAM KORBAN MASYARAKAT ORANG ASLI SEMPENA AIDIL ADHA

12 ZULHIJJAH 1432H BERSAMAAN 8 NOVEMBER 2011 (SELASA) - UNIT UKHUWAH ORANG ASLI TELAH MENGADAKAN PROGRAM KORBAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SUNGAI LAYAU. SEBANYAK 2 EKOR LEMBU TELAH DIKORBANKAN DAN DAGINGNYA TELAH DIAGIHKAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI DI SEKITAR DAERAH KOTA TINGGI.

MASYARAKAT ORANG ASLI SUNGAI LAYAU YANG KESEMUANYA BERAGAMA ISLAM DAN BERKETURUNAN ASLI KUALA TELAH TURUT SERTA BERGOTONG ROYONG BERSAMA-SAMA PEGAWAI DARI JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR DAN PEJABAT KADI DAERAH KOTA TINGGI.

PROGRAM INI TELAH DIRASMIKAN OLEH KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN DAKWAH, JABATAN AGAMA JOHOR IAITU TUAN HAJI MD.BURANUDDIN BIN HAJI TIBEK MANAKALA TAZKIRAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH KADI DAERAH KOTA TINGGI.

TAZKIRAH - TUAN HAJI MOHD.TAUFIK BIN DATO' KIAI HAJI SHAMSUDIN

GOTONG ROYONG MELAPAH DAN MENIMBANG DAGING KORBAN
 
 URUSETIA DAN PESERTA PROGRAM

BENGKEL TAYAMUM DAN PANDUAN BERIBADAH KEPADA PESAKIT

SAKIT MERUPAKAN SUATU LUMRAH DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. KITA DIUJI DENGAN KESAKITAN SEBAGAIMANA KITA DIUJI DENGAN KESENGSARAAN DAN CABARAN YANG LAIN BERTEPATAN DENGAN SUNNAH ALAM. NAMUN DEMIKIAN, UBUDIYAH KITA TERHADAP ALLAH SWT YANG TERCERNA DALAM AMAL IBADAH, TETAP KITA KERJAKAN WALAUPUN DALAM KEADAAN SIHAT MAHUPUN SAKIT. TERDAPAT BEBERAPA HUKUM DAN KELONGGARAN YANG BERKAITAN DENGAN SAKIT YANG HARUS DIKETAHUI OLEH SETIAP MUSLIM.

OLEH ITU PADA 13 DISEMBER 2011 (SELASA), UNIT DAKWAH BIL HAL TELAH MENGANJURKAN BENGKEL TAYAMUM DAN PANDUAN BERIBADAH KEPADA PESAKIT DI DEWAN SERBAGUNA SERI PERANI YANG DIHADIRI SERAMAI 120 ORANG TERDIRI DARIPADA KAKITANGAN HOSPITAL KOTA TINGGI, AHLI SAHABAT DAKWAH, IMAM DAN BILAL, BIRO HAL EHWAL WANITA MASJID (HELWA), PELAJAR DIPLOMA KEJURUWATAN (INSTEDT) DAN PENDUDUK SETEMPAT.

BENGKELINI TELAH DISAMPAIKAN OLEH DUA ORANG PENCERAMAH IAITU TUAN HAJI MOHD.FAHAMI BIN ABD.SAMAD (KADI DAERAH KULAIJAYA) DAN TUAN HAJI MOHD.TAUFIK BIN DATO' KIAI HAJI SHAMSUDIN (KADI DAERAH KOTA TINGGI)


SESI PENDAFTARAN

BENGKEL TAYAMUM - TUAN HAJI MOHD.FAHAMI BIN ABD.SAMAD

BENGKEL PANDUAN BERIBADAH KEPADA PESAKIT - TUAN HAJI MOHD.TAUFIK BIN DATO' KIAI HAJI SHAMSUDIN

PESERTA DAN URUSETIA BENGKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...