Thursday, 13 October 2011

PROGRAM ZIARAH KASIH DI DAERAH JOHOR BAHRU

Pada hari Rabu bertarikh 12 Oktober 2011 bersamaan 14 Zulkaedah 1432H, Unit Dakwah Bil Hal Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi telah menyertai Program Ziarah Kasih anjuran Unit Dakwah Bil Hal Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.

Program ini turut disertai dari Unit Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Johor, Unit Dakwah Bil Hal daerah-daerah, ahli Sahabat Dakwah Daerah Johor Bahru dan Yayasan Sayang Mutiara Motor.

Program ini diadakan bertujuan untuk beramah mesra dan menziarahi rumah-rumah penduduk yang dikategorikan sebagai fakir miskin, terlantar sakit dan ibu tunggal. Pelbagai bantuan seperti barangan makanan asas, barangan keperluan harian dan sumbangan wang telah diberikan kepada penerima bantuan. Kawasan sasaran adalah di kawasan Gelang Patah dan Pasir Gudang. Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban kehidupan mereka.

Sesi Taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Johor...

Konvoi Ziarah Kasih...

Pegawai Dakwah Daerah Kota Tinggi sedang memberikan sedikit tazkirah ringkas sebagai perangsang kepada penerima bantuan yang menghidapi sakit jantung, kencing manis dan isterinya menghidapi sakit buah pinggang.

Pegawai Dakwah Daerah Pontian sedang menyampaikan bantuan kepada penerima yang dikategorikan sebagai fakir miskin. Isterinya juga mengalami sakit tua.


Semoga khidmat bantuan yang sedikit ini mendapat kerahmatan dari Allah jua....amin...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...