Tuesday, 18 October 2011

PROGRAM "JOM RASA MASAKAN HALAL" MASYARAKAT ORANG ASLI DAERAH KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU

UNIT UKHUWAH ORANG ASLI DAERAH KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU TELAH MENGADAKAN PROGRAM "JOM RASA MASAKAN HALAL" MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM DI PELANGI BALAU RESORT, TANJUNG BALAU PADA 11 DAN 12 OKTOBER 2011. PROGRAM INI TELAH DISERTAI SERAMAI 70 ORANG ASLI ISLAM DARI KAMPUNG-KAMPUNG SEKITAR KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU SEPERTI KAMPUNG ORANG ASLI SELANGI, KAMPUNG ORANG ASLI LAYAU, KAMPUNG ORANG ASLI PASIR PUTEH DAN SEBAGAINYA.

TUJUAN UTAMA PROGRAM INI DIJALANKAN ADALAH UNTUK MENJELASKAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM BETAPA PENTINGNYA MENCARI KEREDHAAN ALLAH DALAM MENIKMATI REZEKI YANG HALAL. PROGRAM INI TELAH SELAMAT DIRASMIKAN OLEH KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN DAKWAH, TUAN HAJI MD.BURANUDDIN BIN HAJI TIBEK.

MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM DIBAWA MELAWAT KE MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU.

BARISAN URUSETIA PROGRAM TERSEBUT.

MAJLIS PERASMIAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH KPP BAHAGIAN DAKWAH.

MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM TEKUN MENDENGAR CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH KADI DAERAH KOTA TINGGI DAN PENYELARAS UNIT UKHUWAH ORANG ASLI NEGERI JOHOR.




SELAMAT BERAMAL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...