Tuesday, 18 October 2011

PROGRAM "JOM RASA MASAKAN HALAL" MASYARAKAT ORANG ASLI DAERAH KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU

UNIT UKHUWAH ORANG ASLI DAERAH KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU TELAH MENGADAKAN PROGRAM "JOM RASA MASAKAN HALAL" MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM DI PELANGI BALAU RESORT, TANJUNG BALAU PADA 11 DAN 12 OKTOBER 2011. PROGRAM INI TELAH DISERTAI SERAMAI 70 ORANG ASLI ISLAM DARI KAMPUNG-KAMPUNG SEKITAR KOTA TINGGI DAN JOHOR BAHRU SEPERTI KAMPUNG ORANG ASLI SELANGI, KAMPUNG ORANG ASLI LAYAU, KAMPUNG ORANG ASLI PASIR PUTEH DAN SEBAGAINYA.

TUJUAN UTAMA PROGRAM INI DIJALANKAN ADALAH UNTUK MENJELASKAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM BETAPA PENTINGNYA MENCARI KEREDHAAN ALLAH DALAM MENIKMATI REZEKI YANG HALAL. PROGRAM INI TELAH SELAMAT DIRASMIKAN OLEH KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN DAKWAH, TUAN HAJI MD.BURANUDDIN BIN HAJI TIBEK.

MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM DIBAWA MELAWAT KE MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU.

BARISAN URUSETIA PROGRAM TERSEBUT.

MAJLIS PERASMIAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH KPP BAHAGIAN DAKWAH.

MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM TEKUN MENDENGAR CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH KADI DAERAH KOTA TINGGI DAN PENYELARAS UNIT UKHUWAH ORANG ASLI NEGERI JOHOR.




SELAMAT BERAMAL

Monday, 17 October 2011

TAHLIL KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI


MAJLIS TAHLIL KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :

TARIKH : 21 NOVEMBER 2011 bersamaan 25 ZULHIJJAH 1432H
HARI : ISNIN

TEMPAT : MASJID BANDAR KOTA TINGGI
MASA : 6.30 PETANG


SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR...

MINI FORUM MAAL HIJRAH 1433 / 2011M DAERAH KOTA TINGGI

MINI FORUM MAAL HIJRAH 1433 / 2011M DAERAH KOTA TINGGI
 AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :

HARI : SABTU

TARIKH : 26 NOVEMBER 2011 / 30 ZUHIJJAH 1432H

TEMA : PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH

ATURCARA MAJLIS

6.00 PTG : KETIBAAN PARA TETAMU
- BACAAN TAHLIL DAN DOA AKHIR TAHUN

6.54 PTG : SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
-DOA AWAL TAHUN
-MINI FORUM

8.08 MLM : AZAN ISYAK BERKUMANDANG
- MINI FORUM DITERUSKAN
-PENYAMPAIAN CENDERAHATI TOKOH MAAL HIJRAH
-PENYAMPAIAN CENDERAHATI TOKOH MAAL HIJRAH (SAUDARA KITA)

8.45 MLM : SOLAT ISYAK BERJEMAAH
-JAMUAN / BERSURAI

AHLI PANEL MINI FORUM

AS-SYEIKH TUAN HAJI MOHD.TAUFIK BIN DATO' KIAI HAJI SHAMSUDIN
KADI DAERAH KOTA TINGGI - PENGERUSI FORUM

TUAN HAJI AHMAD MAZLAN BIN HAJI GHOUTH
PENGURUS AMMG TRAINING SERVICES

TUAN HAJI FAIRUS BIN ALI AKBAR
PENDAKWAH BEBAS

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIPERSILAKAN HADIR.....

 

Thursday, 13 October 2011

PROGRAM ZIARAH KASIH DI DAERAH JOHOR BAHRU

Pada hari Rabu bertarikh 12 Oktober 2011 bersamaan 14 Zulkaedah 1432H, Unit Dakwah Bil Hal Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi telah menyertai Program Ziarah Kasih anjuran Unit Dakwah Bil Hal Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.

Program ini turut disertai dari Unit Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Johor, Unit Dakwah Bil Hal daerah-daerah, ahli Sahabat Dakwah Daerah Johor Bahru dan Yayasan Sayang Mutiara Motor.

Program ini diadakan bertujuan untuk beramah mesra dan menziarahi rumah-rumah penduduk yang dikategorikan sebagai fakir miskin, terlantar sakit dan ibu tunggal. Pelbagai bantuan seperti barangan makanan asas, barangan keperluan harian dan sumbangan wang telah diberikan kepada penerima bantuan. Kawasan sasaran adalah di kawasan Gelang Patah dan Pasir Gudang. Semoga dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban kehidupan mereka.

Sesi Taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Johor...

Konvoi Ziarah Kasih...

Pegawai Dakwah Daerah Kota Tinggi sedang memberikan sedikit tazkirah ringkas sebagai perangsang kepada penerima bantuan yang menghidapi sakit jantung, kencing manis dan isterinya menghidapi sakit buah pinggang.

Pegawai Dakwah Daerah Pontian sedang menyampaikan bantuan kepada penerima yang dikategorikan sebagai fakir miskin. Isterinya juga mengalami sakit tua.


Semoga khidmat bantuan yang sedikit ini mendapat kerahmatan dari Allah jua....amin...


Thursday, 6 October 2011

PROGRAM KORBAN DAN AKIKAH SAHABAT DAKWAH 1432H / 2011

Bersempena Hari Raya Aidil Adha, Sahabat Dakwah Daerah Kota Tinggi akan mengadakan Program Korban dan Akikah sepertimana ketetapan berikut :

Tempat : Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi
Tarikh : 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin menyertai program ini bolehlah hubungi seketariat kami.
Ustazah Alia : No. Tel - 012-7283672
1 bahagian Lembu : RM 380.00

FESTIVAL NASYID NEGERI JOHOR 1432H / 2011M

Festival Nasyid Negeri Johor ini akan diadakan pada 24 November 2011 bertempat di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor.

Kumpulan Nasyid di sekitar Daerah Kota Tinggi adalah dijemput untuk menyertai festival ini.  Festival ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih kumpulan nasyid yang terbaik bagi mewakili Negeri Johor dalam Festival Nasyid Kebangsaan. Untuk maklumat dan syarat-syarat pertandingan bolehlah hubungi kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...